Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    182 warga Sekolah Rendah Keriam hadiri Taklimat Kesedaran Jenayah Siber

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 SEPT – Seramai 182 warga Sekolah Rendah Keriam Kluster 5, terdiri daripada 141 penuntut serta 41 guru dan kakitangan, telah menghadiri Taklimat Kesedaran Jenayah Siber yang disampaikan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Siber (BSJS), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB).

    Taklimat berkenaan disampaikan oleh Koperal 4747 Syalihen bin Haji Ludin, dari BSJS, bertempat di sekolah berkenaan.

    Turut hadir, Pengetua Sekolah, Dayang Sanah @ Bazlaa’ Hasanah binti Haji Daud.

    Dengan penganjuran taklimat tersebut dihasratkan dapat membuka minda para peserta untuk sentiasa berwaspada dalam menangani penggunaan media sosial serta tidak mendedahkan data peribadi secara terbuka, sekali gus mengelakkan diri daripada menjadi mangsa jenayah siber.

    Warga Sekolah Rendah Keriam bergambar ramai pada taklimat itu. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda