Sunday, December 29, 2024
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    1,828 kenali IBTE lebih dekat

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 OGOS – Seramai 1,828 orang pelajar baharu Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) bagi pengambilan Ogos 2023 telah menyertai program Majlis Orientasi bagi IBTE Pusat dan Satelit yang diadakan serentak selama tiga hari, baru-baru ini.

    Sebanyak 31 buah program ditawarkan bagi sesi akademik Ogos 2023/2024 yang terdiri daripada satu program Diploma (BDQF tahap 5) dan 30 program HNTec.

    Program Minggu Orientasi itu dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan diikuti dengan bacaan ikrar daripada Majlis Pelajar dan kemudiannya diikuti dengan taklimat kepada ibu bapa dan pelajar baharu.

    Tujuan taklimat tersebut adalah bagi membantu para ibu bapa dan pelajar dalam mengenali dan mengetahui peraturan-peraturan kampus dan kemudahan-kemudahan yang akan diterima oleh pelajar, serta mengenali sistem pembelajaran di IBTE.

    Minggu Oreintasi itu juga diisikan dengan pelbagai aktiviti dan taklimat daripada agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Penjara dan agensi lain bagi mengongsikan maklumat-maklumat yang dapat membantu pelajar-pelajar baharu dalam mengikuti program di IBTE.

    Acara diakhiri dengan acara-acara keagamaan yang dikendalikan oleh guru-guru agama di kampus masing-masing.

    Manakala, acara kemuncak akan diadakan pada 9 Ogos ini di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas.

    Gambar ramai para pelajar dan kakitangan IBTE semasa program tersebut. – Gambar serahan IBTE
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda