Sunday, June 30, 2024
22.6 C
Brunei

    -

    1,831 pelari sertai Larian Hari Olimpik 2024

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 JUN – Hujan yang turun sejak awal pagi tidak mematahkan semangat ratusan peserta yang berkumpul untuk sama-sama menjayakan Larian Hari Olimpik yang bermula dan berakhir di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, hari ini.

    Hadir pada acara larian berkenaan dan menyempurnakan pelepasan para peserta ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

    Turut hadir ialah Duta-Duta Besar Istimewa dan Mutlak, Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Tinggi di Negara Brunei Darussalam serta para jemputan khas.

    Acara Larian Hari Olimpik 2024 menyaksikan seramai 1,831 orang mendaftaran bagi menyertai larian berkenaan di mana ia diadakan bersempena Hari Olimpik Sedunia yang jatuh pada 23 Jun setiap tahun.

    Negara Brunei Darussalam melalui Majlis Olimpik Kebangsaan Brunei Darussalam (BDNOC) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan menganjurkan Larian Hari Olimpik 2024 untuk mempromosikan peranan sukan dalam membina dunia yang aman dan lebih baik melalui larian.

    Acara didahului dengan sesi bergambar-ramai bersama peserta larian, diikuti dengan senaman pemanasan badan dan pelepasaan peserta larian oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi.

    Pada akhir acara larian itu, Yang Berhormat Dato turut menyempurnakan penyampaian hadiah kepada 10 pemenang terbaik daripada setiap kategori larian dengan pingat memperingati Larian Hari Olimpik 2024.

    Larian Hari Olimpik dibahagikan kepada 7 kategori berbeza berdasarkan jantina dan kumpulan umur yang ditetapkan iaitu Kategori 1: 1.8km Lelaki 12 tahun ke bawah (U-12), Kategori 2: 1.8km Perempuan 12 tahun ke bawah (U-12), Kategori 3: 1.8km Orang Kelainan Upaya, Kategori 4: 3km Veteran Lelaki Umur 60 tahun ke atas, Kategori 5: 3km Veteran Wanita Umur 60 tahun ke atas, Kategori 6: 5km Lelaki Terbuka dan Kategori 7: 5km Wanita Terbuka.

    Larian Hari Olimpik bertujuan untuk mempromosikan Nilai-Nilai Olimpik dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan gaya hidup sihat, di samping menghimpunkan atlet serta peminat sukan untuk meraikan kuasa sukan untuk menyatukan rakyat dan menjalin kerjasama.

    Larian Hari Olimpik yang bermula dan berakhir di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, hari ini. – Gambar oleh Rafi Rosli
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China keluarkan amaran merah susulan hujan lebat

    BEIJING, 30 JUN - China telah mengeluarkan amaran tahap merah berikutan hujan lebat yang melanda negara itu, kelmarin. Ia juga memberi amaran tentang kemungkinan bencana...