QUITO, 29 MAC – Kakitangan di lapangan terbang Pulau Galapagos menemui 185 kura-kura dalam beg pakaian yang sedang dalam perjalanan menuju ke negara Ecuador, kata pihak berkuasa alam sekitar semalam.
Penemuan dilakukan ‘semasa pemeriksaan rutin,’ kata kementerian alam sekitar di Twitter, menambah polis sedang menyiasat.
Menyeludup fauna di luar Pulau Galapagos adalah satu jenayah yang boleh dihukum penjara di antara satu dan tiga tahun.
Pulau itu merupakan kawasan hidupan liar dilindungi dan tempat tinggal kepada spesies flora dan fauna unik.
Kawasan itu terletak 1,000 kilometer dari barat Ecuador.
Di Twitter, Menteri Alam Sekitar Marcelo Mata mengecam ‘jenayah tersebut ke atas warisan semula jadi dan fauna liar Ecuador.’
Tarikan utama Pulau Galapagos adalah kura-kura gergasi, yang tiba di pulau gunung berapi itu di antara tiga dan empat juta tahun lalu. – AFP