Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    185 sertai siri ketiga webinar DBP

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 OGOS – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui Bahagian Perpustakaan mengungkayahkan Siri Ketiga bagi Siri Webinar Galakan Budaya Membaca 2023 secara maya dengan penyertaan seramai 185 orang yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan kerajaan, pustakawan dan guru dari dalam dan luar negara, mahasiswa dan mahasiswi serta orang persendirian.

    Bertemakan Brunei Membaca, satu kertas kerja telah disampaikan oleh Penolong Profesor, Universiti Teknologi Brunei, Dr Malai Zeiti binti Sheikh Abdul Hamid selaku Presiden Persatuan Membaca dan Literasi Brunei mengenai kajian literasi dan tahap pembacaan di Brunei.

    Siri webinar ini akan diteruskan lagi pada 29 Ogos depan. Pembentangan kertas kerja seterusnya akan disampaikan oleh Pensyarah Universiti Brunei Darussalam, Dayang Noradinah binti Jaidi dan Awang Mohammad Ashmeer Imtiaz Ahmad yang merupakan pene-rima Anugerah Belia Berkhidmat 2023; Ketua Kemasyarakatan Sukarelawan Belia, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan; Ahli Pasukan Teras Young Professionals Network Brunei.

    Bagi yang berminat untuk mendaftar, sila layari instagram rasmi @perpustakaandbpbsb.

    Imej tangkap layar semasa webinar tersebut dijalankan. – Gambar serahan DBP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda