Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    188 warga KHEDN terima Anugerah PKL

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JULAI – 188 warga Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya menerima Anugerah Pingat Kerja Lama (PKL) di Majlis Penyampaian Pengurniaan Pingat-Pingat Kehormatan Negara Brunel Darussalam bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-78 tahun bertempat di Dewan Banquet, Bangunan Dewan Majlis Mesyuarat Negara pagi tadi.

    Hadir menyempurnakan pingat-pingat berkenaan ialah Tetamu Kehormat Majlis Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

    Semasa temu bual dengan Sarjan 493, Dayang Siti Habibah binti Haji Mahmub beliau telah berkhidmat di Jabatan Penjara Lebih Kurang 24 Tahun dengan jawatannya sekarang sebagai Sarjan Wadar Wanita dan ditugaskan sebagai Pegawai Perhubungan Awam Di Jabatan Penjara.

    Dayang Siti Habibah bersama pingat yand diterimanya.

    “Sepanjang bertugas,saya banyak berhadapan dengan orang awam untuk memberi taklimat dan kefahaman mengenai peranan, visi dan misi Jabatan Penjara. Disebabkan tugas dan tanggungjawab inilah yang memotivasikan diri saya untuk berkhidmat dengan tulus, tekun, amanah dan jujur,” ujarnya.

    Turut hadir ialah setiausaha-setiausaha tetap, timbalan-timbalan setiausaha tetap, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri serta pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan jabatan-jabatan di bawahnya.

    Suasana semasa majlis penganugerahan berkenaan. – GAMBAR – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda