PHNOM PENH, 29 Jun – Para penyokong pemuliharaan di Kemboja telah menemui sarang dengan 19 biji telur dari salah satu spesis buaya yang paling terancam di dunia, yang merangsang harapan bagi spesis yang jarang ditemui ini yang terancam oleh penceroboh-penceroboh dan kehilangan habitat.
Sesangkak telur bersaiz buku lima ditemui minggu ini oleh para pegawai persekitaran dan penduduk kampung setempat berhampiran sebuah kolam di barat daya wilayah Koh Kong, menurut Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar (WCS) yang membantu penemuan itu.
Kumpulan telah mencari jejak, najis dan tanda-tanda lain buaya liar Siam, satu spesis yang penduduknya telah berkurang pada kadar mencemaskan dalam beberapa tahun kebelakangan.
Para penyelidik percaya hanya 400 ekor buaya dewasa masih hidup liar, kebanyakannya di Kemboja.
Kehidupan mereka terancam oleh penceroboh-penceroboh yang membekalkan telur dan reptilia dewasa ke ternakan-ternakan buaya di rantau itu, yang mana kulit buaya menjadi tali pinggang, kasut dan beg tangan mewah.