Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    19 disebat di wilayah timur laut Afghanistan

    KABUL, 20 NOV – Seramai 19 orang di timur laut Afghanistan disebat kerana berzina, mencuri dan lari dari rumah, kata seorang pegawai Mahkamah Agung hari ini.

    Pengumuman itu menggariskan hasrat Taliban untuk berpegang kepada tafsiran ketat mereka terhadap undang-undang Islam atau Syariah.

    Pegawai Mahkamah Agung, Abdul Rahim Rashid berkata 10 lelaki dan sembilan wanita masing-masing disebat sebanyak 39 kali di bandar Taloqan di timur laut wilayah Takhar pada 11 November lalu.

    Beliau berkata hukuman itu dilakukan di hadapan orang tua, ulama dan penduduk masjid utama bandar selepas solat Jumaat.

    Rashid tidak memberikan butiran peribadi mengenai 19 orang itu, seperti dari mana mereka berasal atau apa yang berlaku selepas mereka disebat.

    Beliau berkata kes mereka dinilai oleh dua mahkamah sebelum mereka disabitkan kesalahan, mengesahkan maklumat dalam kenyataan Mahkamah Agung.

    Pada Khamis lalu, seorang jurucakap Taliban berkata mereka komited melaksanakan semua undang-undang Syariah.

    Ia kelihatannya merupakan pengesahan rasmi pertama sebatan dijatuhkan di Afghanistan sejak Taliban merampas kuasa pada Ogos 2021.

    Semasa pemerintahan mereka sebelum ini pada akhir 1990an, kumpulan itu menjalankan hukuman mati, sebatan dan rejam terhadap mereka yang disabitkan bersalah di mahkamah Taliban. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...