Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    19 maut, 13 cedera lori terbalik di barat Uganda

    KAMPALA, 6 OGOS – Seramai 19 orang maut manakala 13 lagi cedera selepas sebuah lori terbalik di daerah Hoima, barat Uganda, menurut polis hari ini, lapor Xinhua.
     
    Jurucakap polis wilayah Albertine, Julius Hakiza berkata kemalangan berlaku semalam ketika lori itu membawa peniaga dari sebuah pasar di daerah jiran, Buliisa.
     
    “Lori itu gagal membrek, hilang kawalan lalu terbalik, mengorbankan 19 orang di tempat kejadian,” kata Hakiza, sambil menambah bahawa mangsa yang cedera telah dikejarkan ke hospital.
     
    Hakiza berkata lebihan muatan mungkin menjadi punca kemalangan, memandangkan lori itu membawa penumpang dan barangan dagangan. – Bernama
     
    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda