Sunday, March 26, 2023
27.2 C
Brunei

-

19 maut, 25 cedera dalam kemalangan bas

DHAKA, 19 MAC – Kira-kira 19 orang terbunuh manakala 25 lagi cedera hari ini di Bangladesh selepas sebuah bas merempuh pagar lebuh raya dan terjunam ke parit tepi jalan, menurut polis.

Polis berkata mereka mengesyaki pemandu hilang kawalan pada 8 pagi dan melanggar pagar lebuh raya utama yang baru dibina, menyebabkan bas itu terhumban 30 kaki ke dalam parit.

“Jumlah kematian meningkat kepada 19. Kira-kira 12 orang cedera parah. Mereka telah dihantar ke Hospital Kolej Perubatan Dhaka di ibu negara,” kata ketua polis tempatan Masud Alam kepada AFP di daerah selatan Shibchar.

Kemalangan jalan raya kerap berlaku di Bangladesh kerana kenderaan dan jalan yang lama selain kurang diselenggarakan, serta pemandu yang kurang terlatih.

Menurut persatuan kebajikan penumpang Bangladesh, sejumlah 9,951 orang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Bangladesh tahun lepas. – AFP

Anggota bomba memadam kebakaran bas yang berdepan kemalangan di Madaripur pada 19 Mac. – AFP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Xi jemput Sanchez adakan lawatan negara

MADRID, 24 MAC - Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez telah menerima jemputan daripada Presiden China, Xi Jinping untuk membuat lawatan negara ke Beijing ketika...
- Advertisment -