Saturday, March 15, 2025
32.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    19 maut bas terjunam dalam sungai

    MOSCOW, 1 DIS – Sebuah bas penumpang terjunam dari jambatan ke dalam sungai beku di Siberia hari ini, membunuh 19 daripada lebih 40 penumpang, kata pihak berkuasa.

    Sebiji tayar bas pecah ketika ia menyeberangi jambatan di Sungai Kuenga di timur kawasan Siberia Zabaikalsky.

    Kenderaan itu, yang sedang dalam perjalanan dari Sretensk ke Chita, terbabas dari jalan raya dan terjunam ke dalam sungai beku itu.

    “Sembilan belas orang terkorban dan 21 menerima rawatan untuk pelbagai kecederaan,” kata pejabat gabernor kawasan Zabaikalsky dalam satu kenyataan.

    Dua helikopter dengan pegawai paramedik telah dihantar ke tempat kejadian.

    Jawatankuasa Penyiasat Rusia, yang menyiasat kemalangan serius, berkata ia telah melancarkan siasatan jenayah dalam kemungkinan pelanggaran peraturan keselamatan lalu lintas.

    Kemalangan jalan raya biasa berlaku di Rusia, sering kali disebabkan pemandu mabuk, keadaan jalan yang teruk dan kegagalan mematuhi peraturan lalu lintas.

    Bagaimanapun, jumlah kematian jalan telah menurun dalam beberapa tahun ini, kepada kira-kira 20,000 setahun. – AFP

    Gambar yang dikeluarkan oleh dtp38rus menunjukkan bas selepas terjunam dari jambatan di Sungai Kuenga, kira-kira 4,900 kilometer dari timur Moscow, 60 kilometer dari Sretensk, Rusia kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda