TEHRAN, 1 JULAI – Polis Iran hari ini telah menjalankan siasatan terhadap empat individu mengenai letupan kuat yang mengorbankan 19 orang di klinik Tehran malam sebelumnya, lapor media negara itu. Letupan di pusat kesihatan Sina At’har di kejiranan utara Tajrish telah menyebabkan kerosakan pada bangunan berdekatan dan mengeluarkan kepulan asap berwarna hitam pekat ke udara.