Friday, July 5, 2024
27.2 C
Brunei

    -

    19 maut dalam pertempuran dadah di Mexico

    BANDAR MEXICO, 2 JULAI – Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh, empat daripadanya warga Guatemala, dalam pertempuran antara dua kumpulan dadah di negeri Chiapas di selatan Mexico, kata pihak berkuasa kelmarin.

    Sebuah trak kargo ditemui dengan 16 lelaki mati ditembak di dalamnya, manakala tiga lagi ditemui mati di luar kenderaan itu, kata Kementerian Keselamatan Awam dalam satu kenyataan, selepas pada awal memberikan angka kematian pada 20.

    Kejadian itu berlaku pada Jumaat di perbandaran La Concordia, berhampiran sempadan dengan Guatemala, di mana keganasan semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

    Siasatan awal mengatakan pertempuran itu adalah antara kartel Sinaloa, salah satu kumpulan paling berkuasa di Mexico, dan satu lagi kumpulan yang dikenali sebagai kartel ‘Chiapas dan Guatemala’. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Waktu sarapan McDonald’s Australia dipendekkan

    SYDNEY, 4 JULAI – Rangkaian makanan segera McDonald’s di Australia telah memendekkan waktu perkhidmatan sarapan akibat kekurangan bekalan telur berikutan wabak selesema burung yang...