Monday, May 12, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    19 maut dalam tembakan di Mexico

    BANDAR MEXICO, 28 MAC – Seramai 19 orang terbunuh dalam kejadian tembakan di tengah Mexico kelmarin, kata Pejabat Peguam Negara (FGE) dalam satu kenyataan.

    Pihak berkuasa telah dipanggil ke tempat kejadian kira-kira jam 10:30 malam waktu tempatan berikutan laporan serangan ke atas tempat yang sering digunakan untuk menganjurkan pertaruhan sabung ayam haram di bandar Las Tinajas, negeri Michoacan.

    “19 mayat iaitu 16 lelaki dan tiga wanita telah ditemui, yang mempunyai luka tembakan di tubuh masing-masing,” kata FGE.

    Beberapa yang lain cedera dan telah dibawa ke hospital, tambahnya.

    Pihak berkuasa persekutuan bekerja “dengan tujuan menangkap mereka yang bertanggungjawab atas tindakan ganas itu,” kata pejabat setiausaha keselamatan awam Michoacan.

    Pihak berkuasa tidak memberikan alasan atas kejadian itu.

    Tetapi Michoacan dan negeri jiran Guanajuato adalah dua negeri paling ganas di Mexico, disebabkan peperangan antara kumpulan saingan yang terlibat dalam pengedaran dadah dan aktiviti haram lain – termasuk perniagaan bahan api curi.

    Michoacan juga merupakan wilayah pengeluar avokado terbesar di dunia dan ancaman terhadap pemeriksa Amerika Syarikat (AS) yang bekerja di sana bulan lalu mendorong AS untuk menggantung eksport buah Mexico selama lebih seminggu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda