Thursday, December 8, 2022
24.7 C
Brunei

-

19 mayat pelombong haram ditemui

JOHANNESBURG, 4 NOV – Polis Afrika Selatan menemukan 19 mayat yang disyaki pelombong haram di Krugersdorp, bandar perlombongan di barat Johannesburg.

Dalam kenyataan, polis memaklumkan pihaknya mendapat panggilan mengenai penemuan 19 mayat yang disyaki pelombong haram di lombong yang masih beroperasi di kawasan itu.

Katanya, hasil siasatan awal menunjukkan mayat berkenaan dipindahkan dari kawasan lain dan dibuang di kawasan ia ditemukan, dan bedah siasat akan dijalankan bagi menentukan punca kematian semua mangsa.

Ribuan pelombong haram dikenali sebagai ‘zama zamas’ yang bermaksud ‘mereka yang mencuba nasib’ di Zulu, beroperasi di negara itu di mana mereka melombong saki baki mineral di lombong yang sudah tidak digunakan.

Johannesburg, yang juga hab komersial Afrika Selatan dan kawasan sekitarnya, dibina di kawasan tanah dan bekas lombong yang ditinggalkan oleh syarikat perlombongan emas pada 1880-an.

Julai lalu, pelombong haram yang dipercayai pendatang asing tanpa izin (PATI) di Afrika Selatan, didakwa bertanggungjawab terhadap kes rogol lapan wanita di Krugers-dorp. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China umum pelonggaran sekatan seluruh negara

BEIJING, 7 DIS – China hari ini mengumumkan langkah pelonggaran sekatan COVID di seluruh negara yang menjejaskan negara ekonomi kedua terbesar dunia dan mencetuskan...
- Advertisment -