Saturday, December 21, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    19 nelayan Vietnam dikenakan denda

    Oleh Rafidah Jumat

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Okt – Mahkamah Majistret di sini, semalam, menjatuhi denda terhadap 19 orang nelayan warga Vietnam yang mengaku bersalah kerana menjalankan penangkapan ikan secara haram di perairan negara ini.

    Kesemua tertuduh berusia antara 23 hingga 53 tahun didakwa melakukan kesalahan itu pada 1 Oktober 2017 dalam dua bot berasingan, yang mana bot-bot itu memiliki pendaftaran Malaysia.

    Dua kapten kapal, Tran Hai Ly dan Ho Hoang Ang Vu dikenakan denda $10,000 atau berdepan 10 bulan penjara jika gagal membayar denda itu.

    Manakala itu, anak-anak kapal, Danh No, Lu Hoang Hoi, Tran Van Tinh, Tran Van Oai, Le Van Bien, Nguyen Kim Be Phuong, Danh Tien, Nguyen Van Tuan, Huynh Ba Nam, Tran Van Tuan, Nguyen Van Cuong, Nguyen Van Phuong, Truong Hoang Dinh, Pham Van Phong, Tran Kim Tung, Huynh Cong Hau dan Huynh Minh Hoai dijatuhi denda $500 setiap seorang atau menerima hukuman sebulan penjara.

    Hukuman dijatuhkan oleh Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman manakala kes didakwa oleh Timbalan Pendakwa Raya, Raihan Nabilah binti Haji Ahmad Ghazali.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda