Sunday, May 11, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    19 omicron, 441 delta dikesan

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JAN – Sejak Fasa Awal Endemik yang bermula pada 15 Disember 2021 sehingga sekarang, sebanyak 315 kes telah dikesan di Negara Brunei Darussalam di mana 114 daripadanya adalah kes import.

    Demikian dikongsikan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar semasa sidang media bertempat di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Semasa sidang media tersebut, juga dikongsikan negara-negara dari mana kes-kes import tersebut telah tiba, melalui rajah yang ditunjukkan.

    Daripada rajah tersebut, kes-kes import dari Nepal yang dicatatkan tertinggi iaitu sebanyak 26 kes, diikuti dengan United Kingdom sebanyak 21 kes.

    Selain itu, sembilan kes import telah dicatatkan dari India, lapan kes import dari Malaysia, sebanyak tujuh kes import masing-masing dicatatkan dari Amerika Syarikat, Filipina dan Mesir, enam kes import dari Belanda, empat kes import dari Australia, tiga dari Indonesia, dan dua kes masing-masing dari Laos dan Arab Saudi.

    Dalam pada itu, Yang Berhormat Menteri Kesihatan turut mengongsikan bahawa dari 22 November 2021 sehingga 10 Januari 2022, kaedah gene sequencing telah dilakukan terhadap 460 sampel daripada kes-kes positif yang dikesan di Negara Brunei Darussalam.

    “Kira-kira 441 daripadanya didapati adalah varian Delta manakala 19 sampel telah disahkan varian Omicron,” jelas Yang Berhormat Dato.

    Ini bermakna terdapat tambahan 10 lagi kes Omicron dilaporkan di negara ini.

    Menurut Yang Berhormat Menteri Kesihatan lagi, setakat ini, semua kes varian Omicron yang dikesan di negara ini adalah kes-kes yang diimport dari luar negara manakala kes-kes varian Delta adalah terdiri daripada kes-kes tempatan dan luar negara.

    Rajah menunjukkan negara-negara dari kes-kes import yang tiba di negara ini . – Gambar serahan Kementerian Kesihatan
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda