Oleh Mohamad Asyramisyanie
BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Feb – Brunei Liverpool Football Club Supporters (BLFCS) bakal mengadakan Perlawanan Bola Sepak 7-Sepasukan, yang diadakan bersempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-34 tahun 2018.
Sehubungan dengan itu, Perjumpaan Bersama Pengurus-pengurus Pasukan telah diadakan semalam, yang antaranya bertujuan bagi menyusun segala perancangan perlawanan termasuk susunan jadual perlawanan.
Ia kemudian diteruskan dengan taklimat mengenai peraturan perlawanan dan juga cabutan undi bagi menentukan kumpulan masing-masing.
Sebanyak 19 pasukan akan menyertai kejohanan itu dan dalam Kumpulan A menyaksikan Pasukan BLFCS, Liverpool Reds Youngsters, Eastern Reds FT dan Al Ikhwan LFC.

Sementara itu dalam Kumpulan B pula menampilkan Pasukan Kopites, Warrior LFC, Gulfs, Hashim’s Scousers dan LSC Reds FT.
Persaingan dalam Kumpulan C akan menyaksikan Pasukan King’s FC, LTK FT, Brunei Reds Veteran, Bruneireds dan D’anfield KBMT, manakala dalam Kumpulan D pula menampilkan Pasukan Born4redz, Liverpool BAH, Liverpool All Star, NMOB Reds dan YNWA FC.
Kesemua perlawanan bakal diadakan pada 11 Mac depan di Kompleks Sukan Universiti Brunei Darussalam.
Perlawanan Bola Sepak 7-Sepasukan itu diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim, mendorong semangat berpasukan dan mengamalkan gaya hidup sihat khususnya dalam kalangan penyokong Liverpool di negara ini.