Saturday, December 21, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    19 pegawai kanan ABDB naik pangkat

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 OKT – Atas titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, seramai 19 pegawai kanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah diperkenankan untuk dinaikkan pangkat pada Majlis Penyampaian Lencana Kenaikan Pangkat yang berlangsung di Mes Pegawai Bolkiah Garison, hari ini.

    Hadir dan menyempurnakan kenaikan pangkat bagi para pegawai kanan ABDB berkenaan ialah Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan.

    Turut hadir pada majlis tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, setiausaha tetap Kementerian Pertahanan, pemerintah-pemerintah dan pemangku pemerintah angkatan tentera dan pemangku pemerintah angkatan bersama ABDB, timbalan setiausaha tetap Kementerian Pertahanan, pengarah-pengarah dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Pertahanan serta ahli keluarga pegawai-pegawai yang dinaikkan pangkat.

    Pada majlis itu, empat pegawai telah dinaikkan pangkat dari leftenan kolonel/komander (TLDB) ke kolonel tetap/kapten (TLDB), seorang pegawai dinaikkan pangkat dari pemangku leftenan kolonel ke leftenan kolonel tetap serta 14 pegawai dinaikkan dari pangkat mejar/leftenan komander (TLDB) ke pemangku leftenan kolonel/komander (TLDB).

    Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh Pemangku Pengarah Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT), Leftenan Kolonel Ariffin bin Amit @ Hamid bagi memberkati majlis berkenaan.

    Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi turut hadir pada majlis tersebut. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    ATAS & BAWAH : Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi semasa menyempurnakan majlis kenaikan pangkat bagi para pegawai kanan ABDB. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Pemerintah ABDB hadir bagi menyempurnakan majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda