Sunday, May 11, 2025
26.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    19 pelancong cedera dalam kemalangan bas di Kemboja

    PHNOM PENH, Kemboja, 27 Feb – Seramai 19 orang, kebanyakannya warga asing tercedera dan pemandu bas mereka terbunuh dalam perlanggaran dengan kenderaan lain hari ini di timur Kemboja, kata polis.

    Polis Kolonel Sam Nal berkata mereka yang cedera dalam kemalangan di wilayah Kampung Cham itu adalah empat warga Jerman, tiga warga Britain, tiga warga Thailand, dua warga Perancis, dua warga Israel, seorang warga Cina dan empat warga Kemboja. Kebanyakan hanya mengalami kecederaan ringan, tetapi dua daripadanya dalam keadaan kritikal.

    Bas yang mereka naiki itu sedang dalam perjalanan menuju ke ibu kota Phnom Penh dari Siem Reap – kompleks kuil Angkor Wat, tarikan pelancong utama di Kemboja – apabila ia bertembung dengan sebuah bas mini.

    Polis berkata, bas itu bergerak dengan kelajuan yang tinggi dalam kegelapan, melanggar bas mini ketika ia cuba membuat pusingan balik. Kemalangan jalan raya yang serius telah menjadi semakin kerap sejak beberapa tahun kebelakangan ini di Kemboja tatkala ia telah menaiktaraf sistem jalan rayanya dan lebih ramai orang telah memiliki kereta.

    Menurut laporan Kementerian Dalam Negeri, lebih daripada 1,500 orang terbunuh dalam kemalangan lalu lintas tahun lepas. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda