Oleh Salawati Haji Yahya –
BANDAR SERI BEGAWAN, 12 NOV – Seramai 23 orang lagi peserta terdiri daripada 19 qari dan empat qariah memperdengarkan bacaan masing-masing hari ini pada hari kedua Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan bagi Tahun 1446 Hijrah/2025 Masihi.
Hadir selaku tetamu kehormat pada musabaqah sebelah pagi yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas, ialah Pemangku Setiausaha Majlis Ugama Islam Brunei, Haji Hamzah bin Haji Sabtu.
Manakala sebelah petang pula dihadiri oleh Pemangku Pengarah Pengajian Islam, Hajah Mariana binti Haji Jamil.
Orang ramai boleh menyaksikan pertandingan musabaqah itu melalui Instagram Kementerian Hal Ehwal Ugama @kheu.brunei dan Faceboook www.facebook.com/kheu.brunei yang disiarkan secara langsung.
Musabaqah berkenaan dihasrat dapat memantapkan dan mengembangkan lagi bidang pembacaan serta penghayatan Al-Quran di samping mendorong masyarakat ke arah celik ilmu Al-Quran.
Selain itu, ia adalah sebagai wadah dan zikir untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT, juga sebagai doa bagi memohon pertolongan kepadaNya serta peringatan supaya tidak lalai.