Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JULAI – Pada bulan April sehingga Jun 2025, sebanyak 19 buah syarikat tempatan telah diarahkan untuk membayar denda di Mahkamah Majistret kerana gagal mematuhi Seksyen 52(1) Akta Cukai Pendapatan (Penggal 35) iaitu gagal untuk menghadapkan Penyata Cukai Pendapatan bagi tiap-tiap Tahun Kewangan.
Syarikat-syarikat berkenaan, Tasfia-Tasrif Sdn Bhd dikenakan denda sebanyak $5,000 kerana gagal untuk menghadapkan Penyata Cukai Pendapatan bagi Tahun-Tahun Kewangan berakhir 31 Disember 2016, 2017, 2018, 2019 dan 2020.
Manakala, Tecomarine Offshore Sdn Bhd dan ADTC Sdn Bhd yang masing-masing dikenakan denda sebanyak $5,000 kerana gagal untuk menghadapkan Penyata Cukai Pendapatan bagi Tahun-Tahun Kewangan berakhir 31 Disember 2018, 2019, 2020, 2021 dan 2022.
Syarikat Permai Jaya Sdn Bhd, Tegap Harta Bumi Sdn Bhd dan Syarikat Pg Hj Damit Pg Hj Abd Wahab Sdn Bhd masing-masing dikenakan denda sebanyak $5,000 kerana gagal untuk menghadapkan Penyata Cukai Pendapatan bagi Tahun-Tahun Kewangan berakhir 31 Disember 2015, 2016, 2017, 2018 dan 2019.
Gen Supply Sdn Bhd pula dikenakan denda sebanyak $4,000 kerana gagal untuk menghadapkan Penyata Cukai Pendapatan bagi Tahun-Tahun Kewangan berakhir 31 Disember 2015, 2016, 2017, 2018 dan 2019, Cris Yhene Welding & Construction Sdn Bhd dan UA’s Technology Sdn Bhd masing-masing dikenakan denda sebanyak $4,000 kerana gagal untuk menghadapkan Penyata Cukai Pendapatan bagi Tahun-Tahun Kewangan berakhir 31 Disember 2016, 2017, 2018 dan 2019.
Biswas Sdn Bhd dikenakan denda sebanyak $2,000 kerana gagal untuk menghadapkan Penyata Cukai Pendapatan bagi Tahun-Tahun Kewangan berakhir 31 Disember 2018 dan 2019; Ah Consultancy Sdn Bhd dikenakan denda sebanyak $1,600 kerana gagal untuk menghadapkan Penyata Cukai Pendapatan bagi Tahun-Tahun Kewangan berakhir 31 Disember 2018 dan 2019.
Manria Sdn Bhd dikenakan denda sebanyak $1,500 kerana gagal untuk menghadapkan Penyata Cukai Pendapatan bagi Tahun-Tahun Kewangan berakhir 31 Disember 2019; dan Seri Zinary Sdn Bhd, Hakmah Jaya Sdn Bhd, Zayed Sdn Bhd, M.H. Bhuiyan Sdn Bhd, Paintmart Sdn Bhd, Yewann Food Sdn Bhd dan Perusahaan Sariah dan Anak-Anak Sdn Bhd masing-masing dikenakan denda sebanyak $1,000 kerana gagal untuk menghadapkan Penyata Cukai Pendapatan bagi Tahun Kewangan berakhir 31 Disember 2019.
Bahagian Hasil, Kementerian Kewangan dan Ekonomi ingin memberi peringatan bahawa syarikat-syarikat yang berdaftar di bawah Akta Syarikat, Penggal 39 dikehendaki untuk menghadapkan Penyata Cukai Pendapatan masing-masing selewat-lewatnya pada 30 Jun bagi tahun taksiran yang berkenaan seperti yang dikehendaki di bawah Seksyen 52(1) dari Akta Cukai Pendapatan (Penggal 35).
Jika sabit bersalah kerana gagal menghadapkan, selain dikehendaki untuk membayar denda yang dikenakan oleh Mahkamah,
Syarikat terbabit juga dikehendaki untuk menghadapkan Penyata Cukai Pendapatan yang tertunggak dan membayar Cukai Pendapatan yang tertunggak serta penalti yang dikenakan iaitu maksimum 17 peratus daripada jumlah cukai yang tertunggak, jika ada.
