Tuesday, April 1, 2025
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    19 terbunuh, pergaduhan di barat Papua Indonesia

    JAKARTA, 25 JAN – Sembilan belas orang ditemui mati di sebuah kelab malam, yang terbakar, berikutan pergaduhan antara dua dua komuniti di bandar Sorong, Wilayah Papua Barat, Indonesia pada awal Selasa, kata jurucakap polis.

    Jurucakap Polis Wilayah Pesuruhjaya Kanan Adam Erwindi berkata pergaduhan bermula pada tengah malam di Double O Executive Karaoke & Club, yang menyebabkan seorang maut.

    Pergaduhan itu kemudiannya berterusan sebelum bangunan itu terbakar.

    “Selepas pergaduhan itu, 18 mayat lain ditemui di dalam bangunan itu menjadikan jumlah korban kepada 19 orang,” lapor Xinhua, memetik pegawai polis yang memberitahu Metro TV tempatan dalam siaran langsung, sambil menambah beberapa orang lagi cedera.

    Rakaman televisyen menunjukkan beberapa kereta dibakar dalam kebakaran di luar kelab malam itu. – Bernama

    Seorang lelaki berdiri di luar kelab malam yang terbakar selepas dua kumpulan yang bergaduh di Sorong, Wilayah Papua Barat, Indonesia, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda