Monday, July 21, 2025
31.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    19 terima lencana pengakap

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 OGOS – Seramai 19 orang ahli pengakap tunas dari Sekolah Fairvew telah menerima Lencana Keahlian Pengakap Sedunia pada majlis yang berlangsung di perkarangan sekolah berkenaan, kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pengarah Urusan Sekolah Fairview, Dato Seri Laila Jasa Haji Ahmad bin Dato Paduka Matnor dan Ketua Pentadbir Sekolah Fairview, Datin Paduka Hajah Fatimah binti Dato Paduka Haji Mohd Hussien.

    Majlis tersebut diharap akan dapat menanamkan semangat ahli pengakap dari peringkat pengakap tunas hingga ke peringkat yang lebih tinggi.

    Selain itu, ia juga bertujuan agar dapat mendorong pelajar-pelajar lainnya untuk melibatkan diri dalam aktiviti berpengakap.

    Ahli pengakap bergambar bersama Lencana Keahlian Pengakap Sedunia pada majlis yang berlangsung di perkarangan Sekolah Fairview.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    Tidak sengaja