Oleh Yusrin Junaidi –
BANDAR SERI BEGAWAN, 26 FEB – Bagi memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-40 tahun, gabungan peminat-peminat basikal lipat di negara ini yang terdiri daripada kumpulan Paintball Cycling Jerudong, TRIO Cycling, OTC, BKC, MUTC, KEMBARA dan CAMP Cycling telah membuat Kayuhan Semarak Hari Kebangsaan di kawasan Bandar Seri Begawan, baru-baru ini.
Seramai 19 orang peserta terdiri daripada golongan veteran dan warga emas telah menyertai kayuhan berkenaan yang melalui Taman Mahkota Jubli Emas dan Jalan Kianggeh meliputi lebih kurang 10 kilometer.
Salah seorang peserta, Awang Zainal berkata para peserta menghiasi basikal mereka dengan lampu-lampu beraneka warna dan mengibarkan bendera kecil Negara Brunei Darussalam.
Menurutnya, aktiviti itu juga dapat menjaga kesihatan dan mengeratkan tali persaudaraan dalam kalangan peserta.
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2024/02/P23-2A_27022024.jpg)