Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    190 hadiri MuBaAraK 1443H

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 MAC – Seramai 190 orang telah menghadiri Mu’Tamar Bahasa Arab Kebangsaan Brunei (MuBaAraK) bagi 1443H sempena Bulan Bahasa Arab anjuran bersama Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Jabatan Pengajian Islam (JPI), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Brunei Darussalam dan Persatuan Bahasa Arab (PBA), kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada acara secara maya itu ialah Raes KUPU SB, Dr Haji Adanan bin Haji Basar yang turut menyampaikan ucaptama khas bertajuk ‘Menjunjung Keprihatinan Raja Soleh Terhadap Bahasa Zikir di Negara Zikir’.

    Mu’tamar diteruskan dengan perkongsian maklumat perkembangan pengajaran Bahasa Arab di antara institusi di Negara Brunei Darussalam oleh wakil-wakil Pusat Bahasa, KUPU SB; Fakulti Bahasa Arab, UNISSA; JPI; Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah; Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Brunei Darussalam dan PBA Brunei.

    Perkongsian melihat kepada perkembangan terkini dari segi bahan rujukan pengajaran Bahasa Arab, teknik pengajaran Bahasa Arab dan keberkesanannya dalam meningkatkan mutu pembelajaran pelajar di institusi berkenaan.

    Majlis juga diselajurkan dengan pengumuman pemenang video pendek Bahasa Arab pelajar KUPU SB Tahun 2. MuBaAraK 1443H merupakan persidangan kali ketiga sejak kali pertama ia diadakan pada 2019.

    Pada tahun ini, buat pertama kalinya diadakan bersempena dengan Bulan Bahasa Arab merujuk kepada tausiah Mubaarak 1442H iaitu menjadikan bulan Syaaban setiap tahun sebagai Bulan Bahasa Arab, oleh itu, Mubaarak 1443H dan seterusnya akan diadakan dalam bulan Syaaban setiap tahun.

    Raes KUPU SB hadir bersama para peserta yang menghadiri acara secara maya itu. – Gambar serahan UNISSA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...