Thursday, July 17, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    190 warga KHEU terima pingat kehormatan

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JUN – Seramai 190 orang pegawai dan kakitangan dari jabatan-jabatan serta tenaga pengajar dari institusi-institusi pendidikan di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) pagi tadi menerima pingat-pingat kehormatan Negara Brunei Darussalam Pingat Kerja Lama (PKL) sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-78 tahun bagi tahun 2024.

    Majlis yang berlangsung di Dewan Bankuet, Bangunan Dewan Majlis, Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat berkenaan telah disempurnakan oleh Pemangku Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan.

    Pengurniaan PKL adalah sebagai pengiktirafan dan penghargaan daripada kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Pengurniaan pingat tersebut juga untuk mengenang jasa bakti yang telah dicurahkan oleh penerima-penerima pingat sepanjang perkhidmatan mereka di samping motivasi dan penyuntik semangat kepada warga KHEU untuk meningkatkan lagi kualiti dan produktiviti kerja dengan lebih cemerlang.

    Antara kriteria penerima-penerima PKL adalah selain genap 20 tahun perkhidmatan, penerima juga hendaklah mempunyai rekod perkhidmatan yang baik; memiliki sifat-sifat dan keperibadian yang terpuji serta mempunyai penilalan prestasi yang dinilai sangat baik sepanjang tiga tahun kebelakangan.

    Turut hadir di majlis tersebut ialah Pemangku Setiausaha Tetap KHEU, Haji Shamshol bin Haji Omar; dan Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) KHEU, Awang Misle bin Haji Abdul Karim.

    Juga hadir, pengarah-pengarah dan pegawai-pegawai kanan di bawah KHEU.

    Acara dikendalikan oleh Bahagian Dasar dan Strategik dengan kerjasama Jabatan Pentadbiran, KHEU.

    Tetamu kehormat majlis bergambar ramai bersama sebahagian penerima PKL. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim menyampaikan PKL kepada salah seorang penerima dalam acara itu. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda