Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    194 graduan IBTE terima sijil

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 NOV – Seramai 194 orang graduan yang mengikuti program ISQ dan Level II Apprenticeship di Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) menerima sijil masing-masing dan diraikan pada acara kedua Majlis Konvokesyen IBTE ke-33 yang berlangsung di Dewan Musyawarah, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, hari ini.

    Daripada jumlah berkenaan, 174 orang graduan menerima sijil ISQ dan 20 orang graduan menerima sijil Level II Apprenticeship.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian sijil ISQ dan Level II Apprenticeship serta Anugerah Akademik Cemerlang kepada penerima yang diraikan ialah Timbalan Menteri Kementerian Kewangan dan Ekonomi (Fiskal), Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Pengiran Datin Seri Paduka Hajah Zety Sufina binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani.

    Turut hadir pada majlis konvokesyen berkenaan ialah ahli-ahli Lembaga Pengelola IBTE, pegawai-pegawai dan tenaga pengajar IBTE serta para ibu bapa dan ahli keluarga para graduan.

    Anugerah Akademik Cemerlang merupakan anugerah khas diberikan kepada pelajar yang lulus dengan cemerlang kesemua modul dalam percubaan pertama, mencapai keputusan akademik minimum 80 peratus, mempunyai rekod kedatangan minimum 95 peratus bagi kedatangan institusi dan 95 atau 100 peratus bagi kedatangan latihan penempatan, menunjukkan sikap dan disiplin yang cemerlang, bermotivasi dan tidak pernah dikenakan apa jua bentuk tindakan disiplin serta aktif dalam aktiviti yang dianjurkan di peringkat sekolah, daerah, masyarakat ataupun pernah mewakili negara ke peringkat serantau dan antarabangsa.

    Pengiran Datin Seri Paduka Hajah Zety Sufina menyempurnakan penyampaian sijil kepada para graduan yang diraikan. – GAMBAR OLEH SIM Y. H.
    Pengiran Datin Seri Paduka Hajah Zety Sufina menyempurnakan penyampaian sijil kepada para graduan yang diraikan. – GAMBAR OLEH SIM Y. H.
    Para graduan yang diraikan pada majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH SIM Y. H.
    GAMBAR OLEH SIM Y. H.
    GAMBAR OLEH SIM Y. H.
    GAMBAR OLEH SIM Y. H.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda