Monday, October 14, 2024
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    198 lelaki China ditahan terlibat dalam jenayah siber

    COLOMBO, 13 OKT – Polis Sri Lanka telah menahan 198 lelaki China kerana disyaki mengendalikan sindiket jenayah siber dari negara Asia Selatan itu, kata jurucakap polis hari ini.

    Timbalan Ketua Polis Sri Lanka, Nihal Thalduwa berkata lelaki itu ditahan di empat lokasi semasa serbuan dijalankan sejak 6 Oktober lalu, di mana 129 ditahan di satu lokasi kelmarin.

    Thalduwa berkata sejumlah besar telefon bimbit dan komputer riba turut dirampas.

    “Kami mengesyaki mereka menjalankan penipuan dalam talian dari lokasi ini,” kata Thalduwa kepada pemberita di Colombo.

    “Mangsa mereka terdiri daripada penduduk Sri Lanka dan juga di luar negara,” tambahnya.

    Beliau berkata siasatan berjalan perlahan disebabkan isu bahasa semasa siasatan terhadap suspek, tetapi pihak berkuasa telah mendapatkan bantuan daripada kedutaan China di Colombo.

    Pakar forensik sedang menganalisis peranti elektronik itu, katanya.

    Pada Jun lalu, polis telah memberkas 200 suspek, terutamanya warga India, yang juga dituduh menjalankan penipuan kewangan dalam talian. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda