Friday, December 27, 2024
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    2 ahli YEAB sertai seminar perkasa pembangunan luar bandar

    Oleh: Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 NOV – Dua ahli Persatuan Usahawan Muda Brunei (YEAB) telah terpilih untuk menyertai Seminar Kebudayaan dan Pelancongan Memperkasa Pembangunan Luar Bandar Berkualiti Tinggi untuk Negara-negara ASEAN (Landing Project) di Republik Rakyat China bermula 19 hingga 29 November.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh YEAB, di sini, dua ahli yang terpilih ialah Pengasas Bersama Rattan House, Maziznabel dan Pengasas Khairani’s Closet, Khairani Ashry.

    Program selama 10 hari berkenaan menyaksikan penyertaan daripada seramai 20 orang peserta daripada negara-negara anggota ASEAN di mana mereka akan meneroka bagaimana budaya dan pelancongan boleh dimanfaatkan untuk meningkatkan pembangunan luar bandar.

    Maziznabel dan Khairanai akan mewakili negara dan terlibat sama dalam perbincangan mengenai pembangunan mampan, pemuliharaan kebudayaan dan inovasi pelancongan.

    Penyertaan mereka mengetengahkan dedikasi YEAB kepada misinya untuk menghubungkan sempadan dan memperkasa usahawan di Negara Brunei Darussalam.

    Pada masa yang sama, YEAB juga merakamkan penghargaan kepada Kedutaan Republik Rakyat China di Negara Brunei Darussalam atas sokongan berharga mereka dalam memudahkan urusan penyertaan peluang unik berkenaan.

    Kerjasama itu turut menggariskan hubungan dua hala yang kukuh antara Brunei dan China serta mencerminkan komitmen YEAB kepada memupuk usahawan muda dan kerjasama serantau.

    Gambar ramai Maziznabel dan Khairani Ashry bersama ahli keluarga sebelum berlepas ke program berkenaan, – GAMBAR SERAHAN YEAB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda