Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 14 MEI – Dua anak tempatan mewakili negara Brunei, Faizulnisham Rosle dan Abdul Hafiy Mahmud hari ini telah berlepas ke Korea bagi menyahut cabaran pertandingan LureMan KSA PFL International Open 2025 di Andong Reservoir, Gyeongsangbuk-do, Korea. Faizulnisham Rosle merupakan juara dalam pertandingan memancing ikan toman Snakehead Challenge Road

