Khamis, November 20, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    2 atlet berlepas sertai acara sukan di Riyadh

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 NOV – Rombongan ketiga dan terakhir Kontinjen Negara Brunei Darussalam berlepas ke Riyadh, Arab Saudi bagi menyertai Sukan Perpaduan Islam ke-6 Tahun 2025 yang berlangsung dari 7 hingga 21 November

    Rombongan berkenaan terdiri daripada dua orang atlet dan seorang jurulatih pasukan lawan pedang (fencing) yang akan mewakili negara dalam kejohanan tersebut.

    Atlet negara, Awang Mohammad Haziq bin Asahrin akan bertanding dalam acara Men’s Individual Sabre, manakala 1591 Lt (U) Hajah Anis Sabrina binti Haji Yahya, anggota Angkatan Tentera Udara Diraja Brunei akan menyertai acara Women’s Individual Sabre. Kedua-dua atlet dijadualkan bertanding pada 17 November bertempat di Boulevard SEF Arena 01C, Riyadh, Arab Saudi.

    Berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar serta memberikan kata-kata nasihat kepada kontinjen ialah Pengarah Belia dan Sukan, Hajah Umi Kalthum binti Haji Abdul Karim bersama pegawai dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan, Persekutuan Lawan Pedang Negara Brunei Darussalam serta ahli keluarga atlet.

    Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Pegawai Penganalisa di Jabatan Belia dan Sukan, Haji Ahmad Yaardy bin Haji Abdul Karim, diikuti dengan sesi bergambar ramai.

    Semua di atas: Sesi bergambar ramai sebelum berlepas.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda