Wednesday, July 3, 2024
29.3 C
Brunei

    -

    Dua belia sertai Festival Belia Global di Uzbekistan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 JULAI –  Dua pemimpin belia dari Persatuan Insan KESAN dan Society for Community Outreach & Training (SCOT) telah menyertai Festival Belia Global yang berlangsung di Republik Uzbekistan pada 26 hingga 30 Jun.

              Dianjurkan oleh Agensi Hal Ehwal Belia Republik Uzbekistan dengan kerjasama Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), festival bertujuan untuk mempergiat dan memperkukuh hubungan dua hala dan pelbagai hala dalam bidang belia dan meneroka potensi kerjasama pada masa hadapan dalam pelaksanaan projek dan program yang penting dari segi sosial, pembangunan hubungan budaya dan kemanusiaan, platform untuk mengukuhkan hubungan persahabatan antara negara-negara di seluruh dunia dan pertubuhan antarabangsa.

    Ia buat pertama kalinya dihoskan oleh Republik Uzbekistan sebagai salah satu inisiatif di bawah resolusi yang dihasilkan semasa Persidangan Islam bagi Menteri Belia dan Sukan (ICYSM) yang telah diadakan pada 2022 di Jeddah, Arab Saudi.

    Dengan tema membawakan tema Memperkasakan Belia bagi Kerjasama ke arah Strategi Belia PBB 2023, festival itu diadakan untuk menyatukan hampir 1,000 orang belia daripada 150 negara yang membincangkan beberapa topik seperti pendidikan, keusahawanan, pekerjaan, kebudayaan dan sukan serta pertukaran program belia yang berkaitan dengan hal ehwal dasar belia.

    Para peserta juga berpeluang untuk meneroka strategi dan kaedah untuk meningkatkan penyertaan belia yang lebih bermakna dan inklusif dalam menggalakkan mereka terlibat secara aktif dalam membuat keputusan di semua peringkat pembuatan dasar dan keputusan.

    Festival tersebut juga memberi tumpuan kepada peranan penting yang boleh dimainkan oleh para belia dalam mewujudkan dunia yang lebih aman dan mampan dengan memberi inspirasi serta penyelesaian semasa menghadapi keadaan yang mencabar.

     

    Awang Haswandi semasa mengucapkan selamat belayar kepada dua belia tersebut pada 26 Jun lalu.  Gambar serahan KKBS

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jepun lancarkan wang kertas baharu

    TOKYO, 3 JULAI - Jepun hari ini mula mengeluarkan wang kertas baru 10,000 yen (AS$61.9), 5,000 yen dan 1,000 yen menandakan reka bentuk semula...