Saturday, March 22, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    2 daripada 6 pendaki asing yang hilang di Filipina ditemukan

    MANILA, 21 MAC – Pasukan penyelamat hari ini menemukan dua daripada enam warga asing yang hilang semasa mendaki gunung berapi di tengah Filipina, kata ketua kampung mengesahkan kepada media tempatan, lapor Xinhua.

    Bagaimanapun, polis masih belum mengeluarkan nama dan keadaan dua pendaki yang diselamatkan itu, dengan mengatakan mereka sedang cuba untuk mengesahkan laporan itu.

    Polis berkata pendaki lelaki itu, tiga warga Jerman berumur 67, 60 dan 58 tahun, seorang warga Rusia berumur 38 tahun, seorang warga Britain berumur 63 tahun dan seorang warga Kanada berumur 50 tahun, berlepas sekitar 8 pagi waktu tempatan pada Rabu untuk mendaki Gunung Talinis, yang terletak di barat daya Valencia, sebuah bandar di wilayah Negros Oriental.

    Pendaki itu dilaporkan hilang kelmarin selepas mereka gagal pulang ke rumah sewa mereka.

    Kelmarin, pihak berkuasa tempatan menghantar pasukan untuk mencari dan menyelamat kesemua pendaki.

    Gunung Talinis ialah gunung berapi strato yang kompleks dengan ketinggian kira-kira 1,903 meter di atas paras laut. Ia adalah gunung kedua tertinggi di Pulau Negros selepas Gunung Kanlaon. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda