PARIS, 21 Mac – Dua orang telah ditahan kerana disyaki terlibat dalam membekalkan senjata kepada seorang lelaki Perancis yang telah ditembak mati selepas menyerang askar yang mengawal di lapangan terbang Orly, Paris.
Pejabat pendakwa raya Paris berkata dua suspek berkenaan masih ditahan hari ini selepas diberkas kelmarin, dan berdepan kemungkinan dakwaan awal bersekutu dengan pengganas. Identiti mereka tidak disiarkan.
Pihak berkuasa berkata penyerang Ziyed Ben Belgacem ditembak dan mencederakan pegawai polis menggunakan senapang patah pada Sabtu, kemudian menyerang askar di Orly dengan mengacukan senapang dan menjerit dia mahu membunuh dan mati kerana Allah. Askar lain telah menembak mati Belgacem. – AP