Wednesday, March 12, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    2 ekor anak harimau Amur buat kemunculan pertama

    COLOGNE, 19 JULAI – Dua anak harimau Amur muncul buat kali pertama di Zoo Cologne di Jerman kelmarin,  dalam usaha sebilangan zoo yang membantu mengekalkan populasi binatang yang jarang ditemui itu.

    Anak-anak harimau itu, seekor betina bernama Tochka dan seekor jantan, Timur lahir pada pertengahan April dan kini mempunyai berat kira-kira 13 kilogram setiap satu. Pasangan itu meneroka kandang bersama ibunya, Katinka yang berusia 13 tahun.

    Dua anak harimau Amur, Tochka dan Timur muncul kali pertama di Zoo Cologne, Jerman kelmarin. – AP

    Harimau Amur, juga dikenali sebagai harimau Siberia, ditemui di timur yang jauh di Rusia dan timur laut China dan dianggap terancam.

    “Kami sangat gembira dan berbangga dengan keturunan spesies yang sangat terancam ini,” kata kurator zoo Alexander Sliwa dalam satu kenyataan, yang mengatakan bahawa 240 harimau Amur di zoo kini merupakan sebahagian daripada program Eropah untuk membantu memulihara dan membiak haiwan itu.

    Katinka dibawa dari zoo di Nuremberg pada musim panas lalu sebagai pertukaran untuk harimau Cologne, Akina selepas pasangan sedia ada di kedua-dua zoo telah lama gagal menghasilkan zuriat. Katinka berjaya membiak segera apabila ditemukan dengan Sergan yang berusia 9 tahun, bapa kepada Tocha dan Timur, menurut zoo itu. – AP

    Ibu harimau, Katinka bersama Tochka dan Timur. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda