MADRID, 13 JULAI – Dua individu dilapor-kan hilang di wilayah Catalonia, timur laut Sepanyol, selepas hujan lebat melanda kawasan tersebut kelmarin, menyebabkan gangguan perkhidmatan kereta api dan banjir di beberapa lokasi utama.
Agensi Meteorologi Negara Sepanyol melaporkan sekitar 10 sentimeter hujan turun dalam beberapa jam berhampiran Barcelona.
Pasukan bomba Catalonia memaklumkan di platform X bahawa mereka sedang mencari dua orang yang dipercayai dihanyutkan arus sungai di Cubelles, sebuah bandar yang terletak kira-kira 50 kilometer dari Barcelona.
Syarikat kereta api negara, Renfe, turut menangguhkan semua perkhidmatan tren di Catalonia buat sementara waktu atas faktor keselamatan sebelum menyambung semula perkhidmatan pada lewat hari itu. – AFP
