Thursday, September 28, 2023
25.9 C
Brunei

    -

    2 kakitangan badan amal antara lebih 30 disyaki terbunuh

    BANGKOK, 26 DIS – Persatuan Save the Children kelmarin berkata dua kakitangannya warganegara Myanmar hilang, selepas lebih 30 orang dijumpai terbakar dalam serangan, kumpulan pemerhati dan media tempatan menuduh ia adalah angkara tentera junta.

    Myanmar berada dalam kekecohan sejak rampasan kuasa pada Februari, dengan lebih 1,300 orang terbunuh dalam tindakan keras oleh pihak keselamatan, menurut kumpulan pemerhati tempatan.

    People’s Defense Forces (PDF) bangkit di seluruh negara untuk melawan junta, dan telah melibatkan pertumpahan darah dengan pihak tentera.

    Kelmarin, gambar-gambar yang tersebar di media sosial menunjukkan dua buah trak dan sebuah kereta terbakar di lebih raya di bandar Hpruso, di wilayah timur Kayah, dengan mayat terbakar di dalamnya.

    Seorang ahli kumpulan PDF tempatan berkata pejuangnya menemukan kenderaan pagi kelmarin selepas mendengar pihak tentera menahan beberapa kenderaan di Hpruso sebelum pertempuran dengan pejuangnya di kawasan berhampiran pada Jumaat.

    Gambar bertarikh 24 Disember 2021 menunjukkan dua buah trak dan sebuah kereta hangus terbakar dipercayai didalangi oleh tentera junta. Persatuan Save the Children berkata dua kakitangannya hilang selepas lebih 30 orang dijumpai terbakar dalam serangan di Hpruso.- AP

    “Ketika kami memeriksa kawasan tersebut pada sebelah pagi, kami menemukan mayat terbakar dalam dua buah trak. Kami menjumpai 27 mayat,” dia memberitahu AFP tanpa ingin didedahkan identitinya.

    “Kami menjumpai 27 tulang belulang,” kata seorang saksi yang juga tidak mahu disebutkan namanya.

    “Namun terdapat beberapa mayat di dalam trak, yang terbakar jadi kami tidak dapat mengira mereka.”

    Save the Children berkata lewat kelmarin bahawa dua daripada kakitangannya warganegara Myanmar ‘terperangkap’ dalam insiden dan hilang.

    Ia menambah mereka telah ‘mengesahkan kenderaan peribadi me-reka diserang dan dibakar’.

    Kedua-dua mereka membuat per-jalanan pulang selepas melaksanakan kerja-kerja kemanusiaan di wilayah itu, menurut badan amal dalam kenyataan, menambah ia sejak itu menggantungkan kerja-kerja mereka di beberapa wilayah.- AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Kim gesa pengeluaran senjata nuklear lebih besar

    PYONGYANG, 28 SEPT - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un menggesa peningkatan eksponen dalam pengeluaran senjata nuklear dan agar negaranya memainkan peranan yang lebih...