Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    2 kereta api nahas, bunuh sekurang-kurangnya 15

    DHAKA, 24 OKT – Sebuah kereta api kargo merempuh sebuah kereta api penumpang di luar ibu negara Bangladesh pada kelmarin dalam kemalangan yang mengorbankan 15 orang dan mencederakan ramai, kata pegawai bomba.

    Pasukan penyelamat menyertai penduduk dalam mengeluarkan penumpang daripada serpihan kereta api, kata pegawai bomba Mosharraf Hossain di Bhairab, di daerah tengah Kishoreganj, di mana perlanggaran berlaku pada 3:30 petang.

    Beliau berkata mayat sekurang-kurangnya 15 orang telah ditemui dan jumlah korban boleh meningkat.

    “Ia adalah keadaan yang huru-hara,” katanya kepada The Associated Press.

    Nahas berlaku apabila dua koc belakang kereta api penumpang Ekspres Egarosindur Godhuli dalam arah Dhaka dirempuh sebuah kereta api kargo menuju ke Chattogram, kata pegawai kanan bomba Azizul Haque Rajon dari tempat kejadian melalui telefon.

    Beliau berkata tidak jelas berapa ramai orang yang terperangkap dalam serpihan itu.

    Perkhidmatan kereta api ke bahagian lain di negara itu digantung berikutan nahas itu, katanya.

    Punca nahas itu tidak segera diketahui. Kemalangan kereta api adalah perkara biasa di Bangladesh, dipersalahkan terutamanya pada lintasan kereta api tanpa pengawasan, isyarat yang lemah dan keadaan landasan yang buruk. – AP

    Kelihatan para penyelamat dan orang ramai selepas kereta api kargo melanggar kereta api penumpang di Bhairab, daerah Kishoreganj, Bangladesh, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...