Sunday, December 4, 2022
31.7 C
Brunei

-

2 lagi diisytihar kawasan wabak rabies baharu

KUCHING, 23 Julai – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini mengisytiharkan dua lagi kawasan baharu wabak anjing gila atau Rabies yang didapati positif iaitu di kawasan Kampung Entubuh, Tebedu dan Batu 5, Jalan Semeba, Kuching.

Sekretariat JPBN Sarawak dalam satu kenyataan berkata keputusan itu dibuat hasil perbincangan Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi JPBN Datuk Amar Douglas Uggah Embas bersama Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Datuk Dr Sim Kui Hian di Hangar Hornbill Skyways Sdn Bhd pagi ini.

“Pengisytiharan warta ini dimaklumkan kerana terdapat kes positif virus ini pada anjing di kedua-dua kawasan berkenaan. Oleh itu, semua masyarakat terutamanya di kawasan terbabit dikehendaki menjaga anjing mereka di kawasan rumah masing-masing dan tidak membiarkan ianya berkeliaran,” kata kenyataan itu.

Sekretariat itu berkata berikutan tambahan dua kawasan itu jumlah kawasan wabak telah bertambah kepada 20 kawasan.

Kakitangan Bahagian Kesihatan Awam Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) membawa dua ekor anjing liar yang berjaya ditangkap semasa operasi mengawal penularan wabak Rabies atau anjing gila di sekitar Jalan Semaba petang tadi. – Bernama
Kakitangan Bahagian Kesihatan Awam Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) membawa dua ekor anjing liar yang berjaya ditangkap semasa operasi mengawal penularan wabak Rabies atau anjing gila di sekitar Jalan Semaba petang tadi. – Bernama

“Di Serian, kawasan terjejas ialah Kampung Krait, Kampung Paon Rimu, Kampung Paon Rimu Bakung, Kampung Remun, Kampung Lebor, Kampung Saroban, Kampung Tangga, Kampung Ampungan, Kampung Mentong Berawan, Kampung Mentong Silaga, Kampung Engkabang, Kampung Tampek Sumpas, Kampung Rasau, Pekan Siburan, Bandar Serian dan Batu 45, Kuching-Sri Aman.

“Di Tebedu pula selain Kampung Entubuh, kawasan lain yang terlibat ialah Kampung Temong Mura manakala di Sri Aman ialah Rumah Janta Punggu Mawang,” katanya. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China longgarkan lagi peraturan COVID

BEIJING, 2 DIS – Bandar di seluruh China membatalkan arahan sekatan COVID hari ini dengan melonggarkan peraturan ujian dan kuarantin susulan protes di seluruh...
- Advertisment -