Tuesday, May 13, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    2 lelaki asing didapati lakukan kesalahan imigresen

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 DIS – Dua orang lelaki warganegara asing berjawatan buruh am telah didapati melanggar peruntukan di bawah Peraturan 15(2) Peraturan Imigresen Penggal 17 iaitu mana-mana pekerja asing yang bekerja di negara ini hendaklah bekerja mengikut majikan yang asal.

    Kedua-dua mereka telah diarahkan untuk melapor ke Bahagian Penguat-kuasaan Undang-undang Jabatan Imi-gresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) Cawangan Kuala Belait bagi siasatan dan tindakan selanjutnya.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh JIPK, di sini, hari ini, ia merupakan hasil pemeriksaan yang dikendalikan oleh Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang JIPK Kuala Belait, semasa Ops Langis JIPK 104/2021 yang dijalankan pada pukul 10:50 pagi oleh tiga orang pegawai dengan diketuai oleh pegawai imigresen kanan yang menyasarkan kedai runcit, Pekan Seria.

    Kenyataan menyatakan bahawa majikan-majikan pekerja dan pemilik kedai runcit terbabit dikeluarkan surat panggilan dan seterusnya diarahkan hadir ke Bahagian Penguat kuasa Undang-undang, Kuala Belait untuk siasatan dan tindakan lanjut.

    Lelaki warga asing diperiksa semasa operasi yang menyasarkan kedai runcit di Pekan Seria. – Gambar serahan JIPK
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda