Wednesday, February 12, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    2 lelaki didakwa curi bagasi berisi AS$9 juta

    BARCELONA, 4 OGOS – Polis di timur laut Sepanyol hari ini berkata mereka menahan dua lelaki yang didakwa mencuri bagasi yang mengandungi kira-kira 8.5 juta euro (AS$9 juta) barang kemas dan wang tunai daripada penumpang yang berlepas di lapangan terbang Barcelona.

    Pejabat media jabatan polis wilayah Catalonia berkata rakaman video dari kamera keselamatan lapangan terbang membantu penyiasat mengenal pasti pasangan yang didakwa mencuri beg itu baru-baru ini.

    Sub-Inspektor Polis, Francesc Garcia berkata dalam video yang disiarkan di platform media sosial X, sebelum ini dikenali sebagai Twitter, mengatakan lelaki itu telah ditangkap ketika mereka keluar dari Barcelona. Bagasi yang hilang dan kandungannya, termasuk cincin mahal dan mata wang berbeza bernilai kira-kira 20,000 euro, berada di dalam bagasi, kata Garcia.

    Agensi berita negara Sepanyol, EFE berkata mangsa kecurian adalah warga Rusia yang menaiki penerbangan syarikat penerbangan Emirates. Ia melaporkan beg tangan itu mengandungi jam tangan dan barang kemas, termasuk cincin 47 karat bernilai AS$5 juta. – AP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda