Sunday, April 21, 2024
25 C
Brunei

    -

    2 maut, 1 cedera ditembak di gereja

    VESTAVIA HILLS, ALABAMA, 17 JUN — Seorang suspek solo dilaporkan melepaskan tembakan ke arah sebuah kumpulan kecil di gereja pinggir bandar berhampiran salah sebuah bandar utama Alabama petang kelmarin, meragut dua nyawa dan seorang lagi cedera sebelum ditahan, menurut laporan dari pihak berkuasa.

    Serangan tersebut berlaku di Gereja Episcopal Saint Stephen di pinggir bandar Birmingham di Vestavia Hills, kata Kapten Polis, Shane Ware.

    Beliau berkata bahawa pegawai terus bergegas ke gereja berkenaan selepas mendapat panggilan melaporkan penembak aktif di gereja pada 6:22 petang.

    “Berdasarkan maklumat yang telah dikumpulkan pada petang ini, seorang suspek yang bersendirian memasuki mesyuarat kumpulan gereja kecil dan mula menembak. Tiga orang telah ditembak. Dua orang telah meninggal dunia. Manakala seorang lagi sedang dirawat kerana kecederaan yang tidak diketahui di hospital tempatan,” kata Ware pada taklimat berita kelmarin.

    Beliau menambah bahawa seorang suspek berada dalam tahanan dan “tiada ancaman kepada masyarakat pada masa ini.”

    Pada taklimat sebelumnya, Ware berkata hanya seorang telah maut dan dua lagi cedera dalam tembakan itu telah dimasukkan ke hospital.

    Sementara itu, polis enggan mengenal pasti suspek atau mangsa dan akan memberikan butiran lanjut mengenai serangan itu pada taklimat yang telah dirancang nanti.

    FBI, Perkhidmatan Marshal AS dan Biro Alkohol, Senjata Api, Tembakau dan Bahan Letupan menghantar ejen ke tempat kejadian.

    Penyiasat kekal di tempat kejadian beberapa jam lewat malam, dengan pita polis kuning mengepung kompleks gereja dan kenderaan kecemasan polis serta bomba dengan lampu berkelip menghalang laluan ke gereja. – AP

    Seorang pekerja sebuah syarikat pembersihan (kanan) membersihkan kesan darah dari tempat kejadian di daerah La Duchere kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...