Wednesday, July 23, 2025
32 C
Brunei

    Berita Terkini

    2 maut, 10 hilang dalam banjir kilat di timur china

    JINAN, 22 JULAI – Dua orang maut manakala 10 lagi dilaporkan hilang dalam kejadian banjir kilat di Wilayah Shandong, timur China hari ini, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.

    Dalam satu kenyataan, pentadbiran daerah Laiwu memaklumkan hujan lebat melanda daerah itu di Jinan, ibu kota Wilayah Shandong, selama lima jam sehingga 5 pagi tadi, dengan taburan hujan mencecah 364 milimeter.

    Hujan itu mengakibatkan banjir kilat berhampiran dua buah kampung di perbandaran Dawangzhuang, sekali gus merosakkan dan menghanyutkan 19 buah rumah. Ini mengakibatkan dua orang terkorban dan 10 lagi hilang.

    Pihak berkuasa tempatan sedang bertungkus-lumus untuk mengesan mereka yang hilang. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda