JAKARTA, 24 OGOS – Sekurang-kurangnya dua penduduk maut selepas kebakaran memusnahkan lebih 150 rumah di bahagian tengah Jakarta petang kelmarin, kata pihak berkuasa tempatan hari ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Badan Mitigasi Bencana (BPBD) bandar raya ini, kebakaran berlaku di kawasan padat penduduk di Gambir sekitar 8:30 malam waktu tempatan.
Sebanyak 28 jentera bomba dan 84 anggota dikerahkan untuk memadamkan kebakaran dalam tempoh dua jam.
Agensi itu berkata, kebakaran mengorbankan seorang wanita berusia 70 tahun dan seorang wanita berusia 83 tahun serta mencederakan 17 orang, dengan 152 rumah musnah dan lebih 240 penduduk mendapatkan perlindungan sementara berhampiran.
Kecuaian memasak dianggap punca kebakaran, namun ia masih belum dapat disahkan oleh siasatan yang sedang dijalankan polis, menurut BPBD. – Xinhua


