Sunday, May 11, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    2 maut, 22 cedera bom meledak di Lahore

    LAHORE, 20 JAN – Dua orang maut manakala 22 lagi yang lain cedera dalam letupan bom di sebuah daerah beli-belah sibuk di bandar mega Lahore, Pakistan hari ini, menurut polis dan pegawai.

    Serangan diakui di Twitter oleh jurucakap bagi Tentera Nasionalis Baloch, salah sebuah kumpulan pemisah etnik yang melakukan pemberontakan selama bertahun-tahun di bahagian barat daya Pakistan.

    “Siasatan awal menunjukkan ia merupakan alat kawalan masa di atas motosikal yang mengakibatkan letupan,” Rana Arif, jurucakap polis Lahore memberitahu AFP.

    Letupan hari ini berlaku di daerah membeli-belah lama Lahore, Anarkali, merosakkan beberapa buah motosikal dan gerai pasar. Pegawai mengatakan seorang kanak-kanak merupakan salah seorang yang terbunuh.

    Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan melahirkan kekesalan atas ‘kehilangan nyawa manusia’, menurut pegawai dari pejabatnya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda