Sunday, December 22, 2024
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    2 maut, 22 selamat selepas bot pendatang hadapi masalah di Greece

    GREECE, 21 OKT – Operasi mencari dan menyelamat di luar pantai pulau Samos di timur Greece telah menemui dua mayat yang dilaporkan hilang semalaman selepas sebuah bot yang membawa 24 pendatang meng-hadapi masalah dalam cuaca buruk, kata pihak pengawal pantai hari ini.

    Pihak berkuasa menerima panggilan kecemasan daripada penumpang kapal itu dan bot peronda pengawal pantai menemui kapal itu yang separuh tenggelam di utara Samos.

    Seramai 22 orang telah diselamatkan dan mangsa terselamat memberitahu pengawal pantai mengenai dua penumpang yang hilang. Mayat mangsa yang hilang, seorang lelaki dan seorang wanita ditemui awal hari ini, kata pengawal pantai.

    Kejadian kapal karam itu adalah insiden maut terbaharu yang membabitkan pendatang yang cuba masuk ke Kesatuan Eropah menggunakan laluan laut sama ada dari pantai Turkiye yang berdekatan atau merentasi Laut Mediterranean dari utara Afrika.

    Minggu lalu, dua wanita dan dua kanak-kanak maut di pulau Kos di timur Greece apabila bot penyeludup yang menyeberang dari Turkiye terbalik. Seramai 27 orang lagi berjaya diselamatkan. – AP

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda