JAKARTA, 2 April – Kira-kira dua orang terkorban dan 26 lagi dikhuatiri terkubur ditelan lumpur selepas tanah runtuh melanda Indonesia, kata agensi bencana kebangsaan hari ini.
Seramai 19 orang juga cedera apabila tanah runtuh itu menghempap ke atas 32 buah rumah di perkampungan Banaran di daerah Ponorogo, Jawa Timur pada pagi kelmarin.
Pasukan pencari dan penyelamat sedang mencari mangsa yang hilang namun hujan lebat pada petang hari ini memaksa mereka untuk menghentikan operasi, kata jurucakap agensi bencana negara.
“Cabaran yang dihadapi adalah jalan menuju ke zon bencana adalah sangat sempit………dan berlaku kesesakan lalu lintas dengan kereta-kereta berhenti disebabkan orang ramai mahu menyaksikannya, dengan demikian mereka telah mengganggu atau menghambat pergerakan pasukan,” kata jurucakap agensi bencana negara, Sutopo Purno Nugroho.

Para penduduk telah diberi amaran tentang kemungkinan berlakunya tanah runtuh dua minggu lalu dan mengosongkan kawasan itu semalam, namun ramai yang pulang ke kampung itu pada pagi keesokannya.
Ramai mangsa yang hilang adalah mereka yang bekerja di ladang halia apabila tanah runtuh melanda.
Tahun ini sahaja 20 orang telah terkorban dalam tanah runtuh di Indonesia, catat agensi.
September lepas hampir 30 orang maut dalam banjir teruk dan tanah runtuh di Garut, Jawa Barat. – AFP