MOSCOW, 19 DIS – Dua maut manakala 31 yang lain termasuk lima kanak-kanak cedera selepas dua kereta api berlanggar di Wilayah Murmansk Rusia, menurut Russian Railways, hari ini.
Pengendali kereta api itu berkata kejadian pada 18 Disember melibatkan kereta api No. 11 Murmansk–St. Petersburg dan kereta api barang.
Seramai 14 orang telah dimasukkan ke hospital dengan empat daripadanya dalam keadaan kritikal. – Bernama


