Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    2 maut, 5 cedera dalam letupan kilang bunga api

    MANILA, 1 FEB – Sebuah kilang mercun meletup berhampiran ibu negara Filipina hari ini, telah mengorbankan dua orang dan menyebabkan lima lagi cedera parah, kata pihak berkuasa tempatan.

    Letupan itu mencetuskan api yang kemudiannya membakar kilang berhampiran bandar Cabuyao, kira-kira 40 kilometer selatan Manila, menyebabkan mangsa melecur teruk, kata pihak berkuasa.

    ‘Kami masih cuba mengenal pasti mangsa. Kira-kira lima orang cedera parah dan seorang daripada mereka dalam rawatan rapi’ di hospital tempatan, pegawai polis, Cabuyao Dominador Agcaoili, memberitahu AFP.

    Dia berkata dua orang terbunuh.

    Datuk Bandar Cabuyao, Dennis Hain, memberitahu radio DWPM dalam satu temu bual, kebakaran itu menyebabkan dua orang maut dan enam lagi cedera, lebih satu daripada jumlah polis. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...